.:BiSIKaN SeoRaNG WaNiTA:.

...world is just a dust if Quran is in our chest...

.:Warkah Cinta Darinya:.

Bismillah.
Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.

Sudah lama membiarkan blog ini berhabuk tidak disapu. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dalam kesibukan mengejar cita- cita dan di saat diuji dengan kesulitan.


Hari ini, aku tertidur selepas menunaikan solat Isyak. Usai tersedar dari mimpi, ku terima warkah cinta darinya. Dia yang pernah mengukir memori terindah dalam hidupku. 


Nurul Athirah binti Mohd Zuhari. 

Kehadiranmu membahagiakan, kehilanganmu meresahkan, kesetiaanmu menenangkan, keberadaanmu di sisi 
cukup memberi erti dalam hidupku.

Tuhan, terima kasih kerana menghadirkan dia dalam hidupku. Dalam untaian doaku pada-Mu, ku harap agar diizinkan lagi untuk bertemu dengannya, jika bukan di sini, moga Kau ukir nama kami di syurga firdausi-Mu.


..Warkah Cinta Darinya..

 

The End~

Duhai sahabatku, terima kasih kerana menjadikan aku sebagai 'dia' yang kamu maksudkan. Namun aku bukanlah insan yang layak kau sanjungi, kerana sifatku manusia, hamba yang penuh kekurangan, khilaf dan dosa. Aku tidak memintamu untuk menjadi sempurna, cukuplah aku tahu bahawa sentiasa ada aku dalam hatimu.

Dan kini, kita ditakdirkan terpisah beribu batu.
Maka izinkan aku untuk mengabadikan cinta kita untuk selamanya.

Biar gambar berbicara.
Riangnya saat kita ketawa, asyik senda dan bercerita.
Walau sesekali pandangan kita berbeza, andainya tetap serupa.


monica bay, tempat kami melepas rindu

tiga serangkai, berjalan sakan, pantang ada weekend

teman suzuki swift, sahabat restoran keningau

smart group, medan kami berukhuwwah

perpustakaan intec, rumah kedua kami selepas akasia











.:Menanti Hikmah:.

"Wahai Tuhanku jangan Engkau serahkan aku ini kepada diriku, aku tidak mampu untuk menguruskannya. Dan jangan Kau serahkan diriku ini kepada orang lain nescaya mereka akan menghilangkan (cuai terhadap) aku."-Ali Zainul Abidin.

Berkali- kali dipanjatkan doa ini di dalam hati. Terkadang sehingga terlafaz keluar daripada mulutnya. Humaira lalu memejamkan mata, kemudian cuba membukanya perlahan- lahan. Berharap bahawa semua yang terjadi hanyalah sebuah mimpi.

Humaira ingin mengurai segala- galanya. Ingin sekali mencari 'diri'nya yang telah lama hilang. Dia yang dahulunya sangat tabah, namun sekarang tersungkur lemah. Dirasakan dugaan yang dihadapinya berat, seolah- olah ada batu besar yang sedang menghempap dirinya.

Humaira masih teringat, sejak kecil dirinya punya impian yang cukup tinggi. Dia ingin sekali melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di University of Nottingham, United Kingdom. Dan kerana harapan itulah, dia menyusun strategi belajar yang cukup tersusun agar dia dapat mencapai cita- citanya. Takdir Allah, dia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, cuma tempatnya bukan di UK, tapi di Rusia. Sedikit demi sedikit Humaira dapat menerima kenyataan bahawa impiannya ke UK hanyalah tinggal angan- angan. Tujuh bulan dia melalui pahit manis perjuangan di sebuah pusat persediaan sebelum berangkat ke Rusia.

Manusia merancang, Allah jua merancang. Namun Allah sebaik- baik perancang. Humaira diuji apabila dia tidak dapat meneruskan perjuangannya di Rusia. Dia tetap bersyukur kerana dirinya masih digolongkan dalam kalangan pelajar- pelajar perubatan yang akan ke India. Sebulan berlalu, Humaira sudah mula dapat menyesuaikan diri di perantauan. Tiba- tiba dia dikejutkan dengan berita kemalangan adiknya, Julia. Memandangkan Julia merupakan satu- satunya keluarga yang dimiliki sejak kehilangan seluruh ahli keluarganya kecuali Julia sewaktu gempa bumi di selatan Thailand, dia tidak punya pilihan lain. Dia terpaksa pulang ke Malaysia untuk menjaga Julia. Bermula detik itu, dia seakan hilang kekuatan dalam diri. Barangkali kerana mengenangkan terlampau banyak kepahitan yang harus dia lalui. Pernah juga dia tertanya- tanya mengapa jalan yang harus dia lalui tidak semudah sahabat- sahabatnya yang lain tempuhi.

Humaira lupa. Dia lupa bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Ilahi. Sekuat mana pun dia berusaha untuk mendapatkan sesuatu, dia harus sedar bahawa semuanya hanya akan terjadi dengan keizinan yang Maha Esa. Tersungkur Humaira di atas sejadah. Dia beristighfar panjang, menyesal atas kelakuannya yang seolah- olah tidak redha dengan ketentuanNya. Dan kali ini, Humaira dihadapkan dengan dua pilihan, pilhan yang akan menentukan masa depan hidupnya. Dia harus memilih untuk kembali belajar dalam bidang perubatan ke India dalam keadaan adiknya yang masih belum sembuh total atau belajar di Malaysia, tetapi bukan dalam bidang perubatan. Humaira sedar tanggungjawab lebih menuntut agar dia tetap tinggal di Malaysia meskipun dia terpaksa mengorbankan impiannya untuk menjadi doktor.

"Ya Allah...jangan sesekali Engkau biarkan aku sendiri dalam membuat keputusan ini.." hatinya merintih.

Hening malam menjadi saksi bahawa Humaira tidak pernah jemu memohon petunjuk Ilahi. Hari berlalu, Humaira masih dalam kebingungan. Sehinggalah pada satu saat bermula kisah baru dalam hidupnya. Dibukakan jalan seluas- luasnya untuk dia menyambung pelajarannya dalam bidang medical bioscience di universiti swasta tempatan. Pada awalnya, sukar untuk dia menerima bahawa dia harus mengambil bidang ini. Namun, dia tetap percaya bahawa jalan ini adalah jalan yang terbaik untuknya. Pada Allah dia serahkan segala urusan. Humaira melewati hari- harinya dengan cukup tenang dan sabar. Sedikit demi sedikit, dia temukan kebahagiaan yang dicari selama ini.

"Jauhnya sayang abang ni termenung.." Satu suara menyapa dari arah belakang.

"Maafkan Humaira bang.. tiba- tiba rasa rindu nak balik Malaysia.." Humaira membalas ringkas, cuba menyembunyikan apa yang bermain di fikiran, namun tetap dapat dibaca oleh suaminya, Aiman.

Humaira tersentak. Sungguh jauh dia mengelamun. Buku- buku yang awalnya ingin dipinjam untuk kegunaan assignment masih berselerak di atas meja perpustakaan. Cepat- cepat dikemas buku- buku itu untuk dipinjam. Humaira dan Aiman bergegas keluar dari perpustakaan tersebut kerana hari sudah lewat malam. Mereka berlari- lari anak meninggalkan The University of Sheffield, menuju ke rumah sewa mereka yang terletak tidak jauh dari situ.

Begitulah kehidupan yang Humaira lalui kini. Setiap hari dia akan setia ditemani oleh suaminya di perpustakaan sehingga lewat malam. Semuanya dengan harapan agar dia dan suaminya dapat sama- sama membawa pulang Ijazah Sarjana dalam Human Genetics. Sungguh dia bersyukur kerana Allah mengurniakan nikmat kepadanya lebih daripada apa yang dia harapkan. Berkat kesabaran, dia bukan sahaja dapat menyambung pelajaran di UK, tapi dia juga dapat menikmati saat- saat indah di bumi impian bersama seorang imam yang benar- benar membahagiakannya.

                             gambar hiasan, library of sheffield uni: destinasi impian
...................................................................................................................................................................

p/s: disebabkan sudah terlalu lama tak menulis, otak semakin membeku untuk mengeluarkan idea. Jadi kali ini mungkin coretan yang lebih simple, namun harapnya ada ibrah yang dapat diambil.

Antara ibrah episod menanti hikmah:

1. Jangan sesekali meragui nikmat Allah, kerana ia datang dalam pelbagai bentuk. Kata Hamka, "lihatlah bagaimana Allah membagi- bahagikan nikmat."

2. Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah. Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan dengan apa- apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa- apa tangan sekalipun.

3. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan- jalan manusia tak sangka. Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan. So, la tahzan (jangan bersedih).

4. Pengalaman sering mematangkan kita. Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang- orang yang pernah hidup dan bertawakkal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal.

5. Kadang- kadang kita lupa untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau kehidupan yang telah Allah keluarkan kita daripadanya. Hari ini kita masih mampu hidup walaupun pelbagai musibah melanda.

6. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan hidup. Sabar itu indah, didikan terus daripada Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang- orang yang bersabar.

7. Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil. :)

Wallahua'lam.




.:My Everything:.

.:My Everything:.

..:coReTAn diRi:..

http://instagram.com/dhazcloset

..:dROp By:..

.:FoLLoWErs:.